Selasa, 24 Februari 2009

MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PANITIA AGAMA ISLAM DAN PENYELARAS jQAF DENGAN PEGAWAI JPN DI PKG KUALA PEGANG




pada 23.2.2009 saya bersama ketua panitia gama islam Ustaz Saari bin junus telah menghadiri majlis perjumpaan ketua panitia agama islam dan penyelaras jqaf dengan Pegawai JPN yang telah diadakan di PKG Kuala Pegang.Pegawai PPD terlibat ialah Ustaz Yusoff manakala Pegawai JPN Kedah yang hadir ialah Ustaz Musa Jayyid (Penolong pengarah pendidikan islam (rendah) dan Ustaz Khairul Anwar (Bahasa Arab)

Ahad, 15 Februari 2009

Khatam Alquran bersama guru


Ustaz saari bin junus sedang membimbing murid2 tahun 3 um dalam bacaan alquran bersama guru (program Khatam alquran bersama guru).

Sabtu, 14 Februari 2009

Acara Merentas Desa


Semua murid SK Kuala kuang terlibat dalam acara merentas desa kuala kuang. acara merentas desa dimulakan dengan senamrobik secara beramai ramai.Cikgu Nor akmar telah membimbing murid murid bagi aktiviti tersebut.Selepas aktiviti senamrobik murid tahap satu memulakan acara merentas desa .Selepas tahap 1 tahap 2 pula menyusul .semua Aktiviti berjalan lancar.sekalung penghargaan diucapkan kepada PDRM kerana telah membantu pihak sekolah mengawal lalu lintas.Terima kasih juga kepada semua warga kerja SK Kuala kuang.Mudah mudahhan aktiviti sebegini akan dapat membentuk jatidiri anak anak didik sk kuala kuang......

Khamis, 12 Februari 2009

Aktiviti Perhimpunan Harian 'Nasyid Bahasa Arab oleh murid tahun 3"


Murid2 jqaf tahun 3 USM mengadakan persembahan nasyid bahasa arab "Hiwayati"semasa perhimpunan pagi 10 minit sebelum masuk ke dalam kelas untuk meneruskan P & P.

Selasa, 10 Februari 2009

Bacaan "doa belajar" oleh murid jQAF.

Setiap pagi di sk kuala kuang akan diadakan perhimpunan harian pada pukul 7.30(15 minit sebelum masuk ke dalam kela),pelbagai aktiviti akan dilakuan.antaranya bacaan doa oleh murid sebelum masuk ke kelas masing2.Hari ini adik Mohd Faiz Ikhwal yang merupakan murid turus jqaf telah mengetuai bacaan doa sebelum belajar.Antara aktiviti lain ialah Nasyid Bahasa arab,Perbualan Bahasa Arab.Aktiviti dalam perhimpunan harian akan diracang oleh guru yang bertugas.Minggu ini minggu saya bertugas,saya merupakan guru bahasa arab maka saya akan mengenengahkan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa arab.aktiviti sebegini akan menimbulkan minat dalam diri murid belajar bahasa arab....

Isnin, 9 Februari 2009

Tentang Blog Ini

Blog ini dibina hasil cetusan idea didalam mesyuarat unit jqaf pada 8 Februari 2009.Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk mendokumentasikan secara online segala kegiatan mahupun aktiviti jqaf sk kuala kuang bagi tahun2009.